Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM30,000 dua tahun lalu.
Pengakuan Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, 47, direkodkan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,000 melalui akaun Maybank miliknya tanpa sebarang balasan daripada seorang lelaki bernama Nazman Puteh, sedangkan beliau mengetahui bahawa individu tersebut mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai penjawat awam. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak