Lelaki warga emas maut terkena libasan pokok getah

GERIK – Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena libasan pokok getah sewaktu menebang pokok di kebunnya di Kampung Klian Intan, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.16 petang.

Menurutnya, sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, kita menemui mangsa, lelaki berusia 76 tahun dalam keadaan terbaring serta tidak memberi sebarang tindak balas.

“Mangsa dipercayai terkena libasan pokok sewaktu menebang pokok getah di kebunnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dengan mengarahkan anggota membuat pemeriksaan pada mangsa.

“Mangsa kemudiannya diperiksa oleh pasukan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kawasan kebun dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Katanya, operasi terkawal pada jam 5.35 petang dan tamat sepenuhnya jam 7 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut, dua cedera nahas lori, kereta di JRTB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI