Beras Cap Gajus Baiduri bakal dijenamakan sebagai Beras Perak Sejahtera

PARIT BUNTAR – Beras Cap Gajus Baiduri keluaran syarikat tempatan Yop Zainan Sdn Bhd dicadangkan untuk dijenamakan semula sebagai Beras Perak Sejahtera.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, cadangan tersebut akan diajukan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum dibawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.

Menurutnya, jika persetujuan dicapai dalam mesyuarat tersebut, ia akan dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta agensi berkaitan untuk tindakan seterusnya.

“Sekiranya mendapat kelulusan, perkara itu akan dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mendapat perkenan rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Beras Tempatan Negeri Perak di Gudang Beras Yop Zainan Sdn Bhd, di Kuala Kurau di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian, Nor Mazirah Teh; Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Mohd Nazim Mohd Adnan; dan Pengarah Urusan Yop Zainan Sdn Bhd yang juga Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) adalah Mohamad Termizi Yop.

Zolkafly berkata, sekiranya segalanya berjalan lancar, peluncuran Beras Perak Sejahtera akan diadakan pada Perak Agrofest yang dijangkakan berlangsung pada 26 hingga 28 September depan.

“Yop Zainan Sdn Bhd adalah kilang beras yang satu-satunya milik Bumiputera dalam negeri Perak dan telah beroperasi lebih 54 tahun lalu.

“Kilang tersebut adalah pengeluar beras terbesar di Perak dengan jumlah pengeluaran beras sebanyak 300 tan sebulan untuk pasaran negeri ini khususnya di kawasan Gunung Semanggol, Lembah Beriah, Kerian dan Taiping serta kawasan utara Perak,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

2.6 juta kampit beras putih tempatan ada di pasaran – Mohamad Sabu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI