UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan

KUALA LUMPUR – UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar titah tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semoga dengan limpah perkenaan Seri Paduka Baginda, bekas Presiden UMNO itu dikurnia keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu.

“UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Asyraf, UMNO juga mengucapkan syukur kepada Allah dengan pengesahan yang dibuat Peguam Negara itu, yang sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah Najib bena-benar wujud.

Pada 9 Julai lalu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, pihaknya bersetuju titah itu wujud namun mempertikaikan cara atau pendekatan bukti baharu itu dikemukakan di mahkamah.

“Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya sebagai bukti tambahan (pada perbicaraan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi), perlu dipatuhi.

“Oleh yang demikian, kami bersandarkan kepada hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini dan menyerahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut,” ujar beliau ketika menjelaskan pendirian AGC berkaitan kewujudan titah berkenaan.

Sebelum itu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim meminta kepastian mengenai pendirian AGC oleh kerana agensi itu tidak mempertikai kewujudan titah tersebut. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI