PSAS, Agro Eco Venture bangunkan sistem IoT pertanian moden

TANJUNG MALIM – Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Agro Eco Venture Sdn. Bhd menjalin kerjasama strategik menerusi projek inovatif ‘IoT Solar Water Feeder with Guided Robot System for Agriculture Application’.

Kerjasama itu dilaksanakan menerusi Majlis Penyerahan Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2026 yang berlangsung di Agro Eco Venture Sdn. Bhd. Behrang, di sini, pada Isnin.

sistem IoT pertanian PSAS Agro Eco Venture teknologi IoT pertanian Malaysia, projek PPRN 2026 PSAS, sistem solar pertanian pintar, robot pertanian automatik Malaysia, inovasi Politeknik Sultan Azlan Shah, aplikasi Blynk IoT pertanian, pertanian moden Malaysia, automasi sektor agro
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Agro Eco Venture Sdn. Bhd menjalin kerjasama strategik menerusi projek inovatif ‘IoT Solar Water Feeder with Guided Robot System for Agriculture Application’ pada Majlis Penyerahan Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2026 yang berlangsung di Agro Eco Venture Sdn. Bhd, Behrang.

PSAS menerusi satu kenyataan berkata, inisiatif itu dijangka menjadi pemangkin utama kepada penerapan teknologi pintar berasaskan internet benda (IoT) dalam sektor pertanian tempatan

Katanya, simbolik penyerahan disempurnakan oleh Pengarah PSAS, Razali Johari kepada Pengurus Agro Eco Venture Sdn. Bhd., Christopher Ramasamy.

“Antara keunikan utama inovasi ini termasuk penggunaan sistem rel berkembar tergantung atau ‘dual rail system’ yang dikawal sepenuhnya oleh Kawalan Pintar IoT melalui aplikasi mudah alih platform ‘Blynk’.

“Projek ini beroperasi dengan faktor kelestarian tenaga yang menggunakan bateri boleh cas semula dan kuasa solar. Ia mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia serta menjimatkan kos operasi seperti penggunaan petrol,” katanya menerusi satu kenyataan.

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Agro Eco Venture Sdn. Bhd menjalin kerjasama strategik menerusi projek inovatif ‘IoT Solar Water Feeder with Guided Robot System for Agriculture Application’ pada Majlis Penyerahan Projek Public-Private Research Network (PPRN) 2026 yang berlangsung di Agro Eco Venture Sdn. Bhd, Behrang.

Menurut kenyataan sama lagi, projek berimpak tinggi itu diterajui pasukan penyelidik yang diketuai oleh Abdul Qoiyum Mohd Radzi serta tenaga pakar lain termasuk, Dr Maznah Iliyas Ahmad; Dr Norazam Aliman; Eliza Shamsudin; Ninie Farhana Kamarulzaman, dan Mohamad Zaidi Zainal.

Katanya lagi, secara keseluruhannya projek itu mencerminkan keupayaan institusi pendidikan dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang sedia dikomersialkan.

Tambahnya, ia juga mengukuhkan sinergi antara pihak akademia dan industri dalam memacu transformasi sektor pertanian negara ke arah yang lebih moden, cekap, serta mampan.

“Majlis penyerahan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan institusi pendidikan dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi, malah mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak akademia dan industri demi menyokong pembangunan ekonomi negara,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan sambut baik cadangan ‘HoW’, perkasa ekonomi gig pertanian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI