IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2025 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin; wakil Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Abdul Halim Shaari; Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohamad Rosli Abu Bakar; wakil rakyat dan ketua jabatan. – MGPerak