IPOH – Perak menetapkan sasaran memandulkan 1,000 ekor kucing dan anjing sepanjang tahun ini menerusi program ‘Perak Pawsitive Initiative’ dalam usaha membendung isu haiwan di jalanan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, meskipun berhadapan cabaran namun beliau optimis bahawa angka itu mampu dicapai menjelang Disember tahun ini. – MGPerak