MGPerak: Perak Terima Pelaburan RM2 Bilion Melalui MB INC

340

BAGAN DATUK – Kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) menerima pelaburan bernilai RM2 bilion melalui perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Younchang Engineering and Construction (M) Sdn. Bhd. dan Chin Hin Group Berhad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, MoU bagi projek Pusat Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk itu bukan sahaja melibatkan projek berimpak tinggi malah dijangka bakal menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan di Bagan Datuk.

Menurut Saarani, kerjasama ini merupakan salah satu langkah terbaik Kerajaan Negeri melalui MB Inc. dalam memperkasakan agenda sekuriti makanan dengan memajukan satu pusat industri perikanan bertaraf global di Bagan Datuk. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini