SARA RM100: Kerajaan mendengar, sedia tambah baik mekanisme – Kamil Munim

IPOH – Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim yakin bahawa kerajaan bersedia untuk mendengar sebarang bentuk cadangan penambahbaikan mekanisme inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100.

Katanya, ia sama sepertimana kerajaan mendengar dan mengambil tindakan ke atas pandangan terhadap penambahbaikan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini.

“Saya nak beri jaminan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang mendengar.

“Saya percaya dalam hal ini berkaitan dengan peluasan kedai ataupun barangan yang jatuh dalam kategori yang boleh dibayar menggunakan bantuan SARA itu akan diberi perhatian dan juga diteliti oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 di pusat beli-belah Mydin Meru Raya, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Badlishah Sham Baharin serta Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Asmuni Awi.

Program berkenaan merupakan anjuran IKRAM dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara dan Pusat Khidmat Parlimen Tambun.

Pada 31 Ogos lalu, kerajaan menyalurkan penghargaan SARA RM100 iaitu bantuan tunai sekali bayar kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang dikreditkan ke dalam MyKad, terpakai untuk pembelian barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk terpilih.

Di samping itu, kerajaan juga telah menyalurkan sumbangan SARA bermula 15 Januari tahun ini secara bulanan kepada 700,000 penerima dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Mengulas mengenai penganjuran program, Muhammad Kamil berkata, karnival anjuran Ikram itu berjaya menjadi wadah menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Kata beliau, penganjuran karnival yang menampilkan penglibatan pertubuhan utama masyarakat Cina, India dan Orang Asli selain kerjasama agensi kerajaan serta swasta pelbagai latar belakang mengingatkan tentang kepelbagaian dalam masyarakat serta kepentingan mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan rakyat.

“Ini siri keempat penganjuran program KAMI dan kali ini giliran Negeri Perak. Pihak penganjur memilih Mydin Meru Raya sebagai lokasi.

“Saya mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada Ikram kerana menganjurkan program yang sangat baik ini,” katanya.

Lebih 62 aktiviti menarik disediakan meliputi sukan, seni budaya, persembahan pentas, pameran serta program kesihatan dengan kehadiran 5,000 pengunjung dari sekitar Ipoh dan kawasan berhampiran.  – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kor Ming derma bantuan SARA kepada anak yatim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI