Penolong pegawai tanah, broker hartanah direman tipu pindah milik tanah

IPOH – Seorang penolong pegawai tanah di  Perak dan broker hartanah direman lima hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah di negeri ini tahun lalu.

Perintah reman ke atas mereka yang berusia 40 dan 47 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Noor Azreen Liana selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis.

Kedua-dua lelaki terbabit ditahan sekitar jam 3.30 dan 3.45 petang semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM atau 471 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit dipercayai telah bersekongkol dengan menggunakan dan mengemukakan borang permohonan kebenaran pindah milik tanah Geran Mukim Lenggong yang mengandungi butir matan palsu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penolong Pegawai Rela didenda RM25,000 atas lima tuntutan palsu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI