Kes tular: Mekanik pukul anjing didenda RM20,000

IPOH – Seorang lelaki yang tular kerana memukul anjing menggunakan sebatang besi, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Majistret Anis Hanini Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas mekanik, M Thineshkumar, 23, dan memerintahkan tertuduh dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda.

Thineshkumar didakwa dengan kejam memukul seekor anjing jantan dengan menggunakan sebatang besi sehingga mengalami kecederaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Lebuh Kledang Utara, Taman Arkid di sini antara jam 10.30 malam 18 September hingga jam 9 pagi 19 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan, Timbalan Pendakwa Raya, Amal Aziemah Abd Kohar.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah bertindak memukul anjing jantan pengadu dengan menggunakan sebatang besi.

Ibu pengadu cuba menghalang tertuduh daripada memukul anjing tersebut namun tidak diendahkan.

Pengadu telah merakam kejadian menggunakan telefon bimbit dalam penggunaan biasa.

Anjing pengadu menyalak kesakitan namun serius, ketika kejadian pengadu, ibu pengadu dan tertuduh berada di kawasan itu.

Keesokkan hari sekitar jam 9.15 pagi, semasa pengadu berada di tempat kerja, dia dimaklumkan oleh jirannya tertuduh telah memukul anjingnya sehingga mati.

Apabila di rumah, pengadu mendapati anjingnya cedera teruk dan berdarah dalam rumah.

Jiran pengadu mendengar anjing itu menyalak kesakitan dan apabila dia keluar mendapati haiwan tersebut terbaring sebelah tertuduh dan tertuduh memberitahu dia telah memukul anjing tersebut sebab cuba menggigit tertuduh.

Pengadu kemudiannya membawa haiwan itu ke Klinik Silibin dan hasil pemeriksaan doktor mendapati, anjing tersebut tidak sedar, mengalami kecederaan parah di kepala serta hidung akibat pukulan serta terdapat punctured wound (luka tebuk).

Anjing pengadu tidak dapat diselamatkan kemudiannya dibawa pulang ke rumah selepas rawatan dan mati pada petang hari yang sama.

Thineshkumar yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarga selain memaklumkan tindakannya memukul anjing itu telah menggigitnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis tahan lelaki, bantu siasatan pukul anjing sehingga mati

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI