Perak kuat kuasa larang lesen vape 1 Januari 2026

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik atau Vape berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Rabu.

Katanya, antara langkah utama pelaksanaan polisi berkenaan termasuklah larangan lesen baharu dengan tiada premis dibenarkan mendapatkan lesen bagi menjual vape.

“Larangan ini terpakai ke atas semua kategori premis perniagaan di seluruh negeri tanpa pengecualian jenis dan waktu operasi.

“Selepas ini semua lesen (premis penjualan vape) sedia ada yang akan luput dan tidak disambung selepas tarikh kuat kuasa.

“Di samping itu, tindakan penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia, dan agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, pada Rabu.

Sivanesan memberitahu, susulan daripada kelulusan polisi itu ia menjadi Perak sebagai negeri ketujuh yang melaksanakan larangan lesen vape selepas Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang.

Jelas beliau, semua polisi terbabit akan berkuat kuasa sehingga digantikan oleh peraturan baharu Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut Sivanesan berkata, usaha yang dilaksanakan itu juga sebagai mencegah risiko ketagihan nikotin dan kesan buruk bahan kimia yang terdapat dalam peranti rokok elektronik, selain langkah tegas melindungi kesihatan rakyat, khususnya generasi muda.

“Vape yang sering dipasarkan dengan perisa menarik bukan sahaja boleh menjadi pintu masuk kepada tabiat merokok, malah berpotensi disalahgunakan dengan campuran bahan terlarang seperti dadah.

“Keadaan ini meningkatkan risiko penyakit, kos rawatan kesihatan dan masalah sosial. Keputusan ini selaras dengan dasar negara serta menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara,” jelasnya.

Larangan Lesen Vape Perak Polisi larangan vape, Kerajaan Negeri Perak, A Sivanesan, Saarani Mohamad, vape 2026, larangan rokok elektronik, penguatkuasaan PBT, kesihatan rakyat Perak
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan pada sidang berkaitan kerajaan Negeri Perak mengumumkan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik atau Vape berkuat kuasa 1 Januari 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 OKTOBER 2025.

Pada masa sama Sivanesan memberitahu, Perak merekodkan pelbagai kes serius dan penyalahgunaan vape antara 2015 hingga 2023.

Kata beliau, ia termasuk 44 kes EVALI atau kecederaan paru-paru berkaitan vape, dan 27 kes non-EVALI, manakala 111 kes keracunan nikotin.

“Remaja turut menjadi golongan terkesan dengan 1,036 notis dikeluarkan antara Januari hingga Mei 2025, termasuk 938 di kawasan larangan dan 97 kes penghisapan vape di luar kawalan.

“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan tentang risiko tabiat merokok dan penyalahgunaan bahan terlarang termasuk dadah seperti syabu, ganja, psilocybine dan mushroom yang menyaksikan sebanyak 42 tangkapan di Perak antara 2024 hingga Julai 2025,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Keputusan pengharaman vape di Perak diketahui esok – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI