MGPerak: Perak Rekod Lebih 60 Premis Aktif Jual Vape

81

IPOH – Lebih daripada 60 premis menjual rokok elektronik atau vape direkodkan masih beroperasi dengan lesen sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Perak setakat ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, selepas Polisi Larangan Lesen Penjualan Vape berkuat kuasa 1 Januari 2026 nanti, kerajaan negeri tidak akan mengeluarkan sebarang lesen baharu.

Katanya, sekiranya terdapat premis yang masih menjual vape selepas daripada tarikh berkenaan, pegawai penguatkuasaan PBT boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan atau peraturan berkaitan. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini