MGPerak: Program Santai MSNPk Suntik Semangat Atlet Perak Menjelang SUKMA

56

Program Santai Bersama Atlet Sepenuh Masa dan warga kerja Majlis Sukan Negeri Perak (MSNPk) menjadi antara pengisian penting dalam salah satu fasa persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, atlet yang menyertai program tersebut dilihat cukup bersemangat dan ceria untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah disusun.

Menurutnya, situasi tersebut adalah petanda positif bahawa persediaan atlet negeri berada pada tahap yang baik dan diyakini mampu mempamerkan prestasi terbaik ketika SUKMA berlangsung nanti. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #ProgramSantaiMSNPk #SUKMA2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini