Kehadiran Trump atas jemputan ASEAN, tidak libat hubungan dua hala Malaysia

KUALA LUMPUR – Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Kuala Lumpur atas kapasiti Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN yang mana jemputan rasmi dibuat kepada semua pemimpin utama negara dunia.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, ini kerana Trump merupakan ketua negara yang menjadi sebagai rakan dialog kepada ASEAN di Malaysia adalah Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

Menurut beliau, jemputan itu tidak melibatkan hubungan dua hala secara biasa antara Malaysia dengan AS.

“Jadi sebagai pengerusi ASEAN, kita menjemput semua ketua negara datang untuk menghadiri Sidang Kemuncak ke-46 dan 47 di mana ke-46 sudah (selesai) dan ke-47 pada 27 dan 28 bulan ini.

“Jadi jemputan ini kepada semua ketua negara. Kita tak boleh pula jemput orang itu, ini tak jemput, itu tak boleh. Sebagai Pengerusi ASEAN, bukan sebagai Malaysia dan jemputan ini bukan jemputan dua hala biasa. Jemputan ini jemputan secara ASEAN kerana kenduri ASEAN, bukan kenduri Malaysia.

“Malaysia jadi tuan rumah, jadi kenduri adalah ASEAN. Jadi kita ibarat Datuk Lembaga ASEAN tahun ni, saya ini Negeri Sembilan pakai Datuk Lembaga.

“Kita Datuk Lembaga ASEAN tahun ni, kita jemput semua anak buah atau pun ketua-ketua masyarakat yang lain. Kita tak bolehlah kata masyarakat A tak jemput, masyarakat B kita jemput.

“Itu bukan diplomatik yang baik. Kita mesti uruskan ASEAN ini sebagai negara yang dilihat sebagai kumpulan negara yang dilihat mengamalkan dasar yang berkecuali. Itu kekuatan ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sepang, Selangor di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini dengan beberapa pemimpin dunia dari Asia, Eropah, Kanada, Afrika dan Amerika Latin dijangka hadir.

Sebelum ini, beberapa pihak menyuarakan bantahan terhadap kehadiran Trump di ibu negara, bulan depan, sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, susulan dokongan AS terhadap kekejaman Israel di Palestin.

Terbaharu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan menarik balik jemputan kepada Trump, susulan tindakan AS yang terus membekalkan dana, senjata dan bantuan ketenteraan kepada Israel, yang digunakan untuk meneruskan pembunuhan rakyat Palestin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Palestin dan membidas tindakan pihak yang mempertikaikan jemputan itu.

Perdana Menteri berkata, Malaysia perlu bijak berunding dan mengekalkan suara yang tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan cara berstrategi. -Malaysia Gazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI