Greta antara 70 aktivis dibebaskan Israel hari ini

KUALA LUMPUR – Aktivis Sweden Greta Thunberg bakal dibebaskan daripada tahanan Israel bersama lebih 70 lagi aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), hari ini.

Menurut laporan media Israel, ia melibatkan warga Perancis (28), warga Greece (27), warga Itali (15) dan Sweden (9).

Tambahnya, majoriti peserta akan diterbangkan ke Greece, di mana mereka boleh menaiki penerbangan ke negara asal masing-masing.

Kesemua mereka berada di atas 42 kapal dalam Flotila Global Sumud yang membawa aktivis dan ahli politik, yang bermatlamat untuk melepasi sekatan Israel bagi menghantar bantuan ke Gaza.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penduduk Gaza kini dilanda kebuluran selepas dua tahun ditindas rejim Israel, bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Israel.

Dalam pada itu, seramai 21 warga Sepanyol telah pulang ke negara mereka pada Ahad.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa warga asing yang masih berada dalam tahanan Israel, termasuk 28 warga Sepanyol.

Israel mula memintas kapal-kapal tersebut di perairan antarabangsa pada Rabu, menahan lebih 470 individu yang berada di atas kapal-kapal itu.

Kementerian Luar Negeri Itali dan Greece berkata rakyat mereka yang dibebaskan akan diterbangkan dari Israel ke Athens pada Isnin.

Manakala Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, berkata di platform X bahawa 15 warga Itali itu akan menerima bantuan untuk perjalanan seterusnya ke Itali. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI