Suami isteri warga Indonesia dituduh aniaya kanak-kanak lelaki hingga maut

IPOH – Seorang buruh dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia September lalu.

Tertuduh, Siswadi, 35, dan Nurhayati, 34, yang juga warga Indonesia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Ainul Shahrin Mohamad.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama yang mempunyai pemeliharaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun telah menganiaya kanak-kanak tersebut sehingga meninggal dunia.

Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Sadang Blanja Kiri, Parit dalam daerah Perak Tengah sekitar jam 10 pagi 22 September 2025.

Oleh itu, pasangan tersebut didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Vitthiyeswary manakala kedua-dua tertuduh yang berasal dari Medan, Indonesia itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Vitthiyeswary tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan mereka ketika ini juga sedang ditahan atas kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63.

Ainul Shahrin kemudiannya menetapkan 17 November depan untuk bacaan fakta kes dan jatuh hukum serta meminta Timbalan Pendakwa Raya untuk menulis surat kepada Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia untuk tindakan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu van penghantaran didenda RM8,000, sebabkan kemalangan tujuh kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI