MGPerak: Keputusan Sampel Air Sungai Perak Bertukar Warna Biru Dijangka Diketahui Isnin

133

IPOH – Keputusan sampel air dari hulu Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik, yang didakwa bertukar kebiruan dan disyaki tercemar dijangka diketahui Isnin ini.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, pihaknya telah mengarahkan beberapa agensi berkaitan menjalankan siasatan dan pengambilan sampel bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini