MGPerak: Seni Artisan Market Destinasi Baharu Pencinta Seni, Makanan, Gaya Hidup

86

LORONG Seni Ipoh tampil dengan tarikan terbaharu, Seni Artisan Market (Seni Market) yang menghimpunkan elemen seni, makanan dan minuman serta jualan produk usahawan tempatan di bawah satu bumbung.

Terletak di Jalan Dato Maharajalela, Ipoh, Seni Market baharu sahaja membuka tirai pada 18 Oktober lalu dan beroperasi setiap hari bermula jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Dekorasi di sini turut menampilkan elemen seni yang menarik menjadikannya lokasi sesuai untuk pengunjung merakamkan kenangan dan dimuat naik ke akaun media sosial mereka.

Pengurusnya, Nur Fatin Syafiqah Mohd Sulaiman berkata, pada hari biasa Seni Market akan beroperasi sebagai kafe dengan menjual makanan barat seperti pizza yang dibakar menggunakan arang, fish and chips, chicken tenders serta pelbagai hidangan lain. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini