Dalam dunia yang semakin disinari kemajuan teknologi dan kemodenan, nilai serta akhlak manusia pula dilihat semakin pudar sehingga melemahkan kekuatan jiwa.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, masyarakat kini berdepan dengan pelbagai cabaran moral apabila insiden jenayah kekerasan yang menamatkan nyawa tanpa belas kasihan semakin kerap berlaku.
Menurutnya, golongan muda pula dilihat semakin hilang arah sehingga mencemarkan institusi pendidikan dengan tingkah laku yang membimbangkan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #Institusipendidikan





