Pendidikan, peperiksaan KAFA seragam – Timbalan Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Semua murid yang mengikuti Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menerima pendidikan yang seragam dari segi kurikulum, buku teks dan peperiksaan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penyeragaman adalah berlandasarkan Kurikulum KAFA 2.0 yang mula digunakan sejak 2020 sebagai Kohort Pertama (2020-2025).

“Kurikulum KAFA sedia ada telah dibuat semakan dan penambahbaikan. Murid-murid ini akan diuji dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada 17 hingga 20 November 2025,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Misbahul Munir (Parit Buntar – PH) mengenai penyeragaman pembelajaran pelajar KAFA.

Selain itu katanya, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah melantik beberapa syarikat pembekal untuk mencetak buku teks mengikut mata pelajaran dan pengedaran di seluruh negara.

“Buku teks ini digunakan secara menyeluruh mengikut teras isi kandungan dan hasil pembelajaran adalah seragam di seluruh negara. Kerajaan juga dari masa ke semasa menyemak dan menambahbaik buku teks berkenaan agar kekal relevan dengan keperluan semasa dan pendekatan pedagogi terkini,” katanya.

Menurut beliau, pemantauan terhadap 6,588 premis KAFA juga dilakukan secara berkala pelaksanaan pengajaran dilakukan tanpa melanggari garis panduan.

Malah katanya, pusat KAFA yang gagal mematuhi silibus tidak akan terlepas daripada tindakan.

“Penyediaan garis panduan yang jelas mengenai silibus KAFA yang perlu dipatuhi semua premis buat sementara ini kita ada 6,588 premis yang merangkumi 1.4 juta pelajar KAFA.

“Kita akan mengambil tindakan pusat-pusat KAFA yang gagal mematuhi silibus dan menyediakan garis panduan untuk pengendalian isu-isu yang timbul,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Zulkifli berkata, pembangunan profesional guru KAFA juga sentiasa dipantau bagi memastika mereka memahami silibus dan cara mengajar dengan berkesan.

“Sekarang ini 383 penyelia guru KAFA untuk memantau 36,500 guru KAFA,” katanya. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI