Polis menahan sepasang suami isteri selepas disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah yang beroperasi dengan cara mencuci dadah lama dengan nilai rampasan RM2.87 juta di sebuah rumah di Taman Assamara, Taiping, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu susulan penahan seorang lelaki berusia 39 tahun di tepi jalan kawasan Pasar Pokok Assam, pada jam 5.15 petang.
Katanya, suspek kemudian membawa pasukan ke rumah yang disewa sebelum pasukan polis menemui dan menahan wanita dipercayai isteri suspek yang berusia 26 tahun. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SindiketCuciDadah


