MGPerak: Sultan Nazrin Kekal Dengan Sifat Rahmah Mesra

90

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kekal dengan sifat ramah mesra baginda bersama rakyat daripada kalangan pelbagai latar belakang meskipun berdepan dengan insiden cubaan serangan pada 31 Ogos lalu.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, dalam mana-mana acara rasmi yang dihadiri baginda selepas daripada insiden berkenaan, Sultan Nazrin masih berkenan untuk mendekati rakyat khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Justeru katanya, orang ramai tidak akan mempunyai masalah sekiranya ingin memohon perkenan untuk mendekati mahupun bergambar dengan baginda secara lazimnya semasa acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah nanti. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini