MGPerak: Lebih 500 Hadir Majlis Bacaan Surah Yasin, Doa Selamat Sempena Keputeraan Sultan Perak

2

KUALA KANGSAR – Lebih daripada 500 jemaah menghadiri majlis bacaan Surah Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-69 di Masjid Ubudiah di sini, pada Jumaat.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah, berkenan berangkat pada majlis yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; beberapa EXCO kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan negeri serta masyarakat setempat. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini