MGPerak: Pertahankan Perpaduan Yang Lama Dianyam Nenek Moyang – Sultan Perak

57

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah rakyat Malaysia wajib mempertahankan perpaduan yang telah lama teranyam antara kaum yang menganuti pelbagai agama, mewarisi pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Titah baginda, tikar merdeka yang dihamparkan kepada kita merupakan hasil tangan anyaman nenek moyang secara bersama.

Baginda bertitah lagi, secara bijak nenek moyang kita menganyam mengkuang pelbagai warna, disulam menjadi sebidang tikar untuk dijadikan tempat duduk mengalas kehidupan, membolehkan anak cucu melunjur sila di padang damai Malaysia. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini