Anwar sambut baik jaminan Kemboja-Thailand untuk pulihkan keamanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyambut baik kesediaan dan jaminan oleh Kerajaan Kemboja dan Kerajaan Thailand untuk memilih dan meneruskan dialog serta usaha diplomatik bagi memastikan pelaksanaan penuh dan berkesan terhadap Perjanjian Damai Kuala Lumpur serta pemulihan keamanan, keselamatan, dan kestabilan di kawasan sempadan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengalu-alukan komitemen kedua-dua negara untuk memastikan penyingkiran senjata dan peralatan berat serta yang memusnahkan.

Ia termasuk menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja nyahperiuk api di kawasan sempadan pada masanya dan kadar segera.

“Saya turut menyambut baik jaminan daripada Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul untuk mengelakkan sebarang tindakan selanjutnya yang dianggap provokatif, dan mengambil tindakan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan bersama ke arah memajukan pemulihan hubungan dua hala yang produktif antara kedua-dua negara,” kata Anwar yang berkongsi perkembangan terkini kedua-dua negara berkenaan melalui media sosialnya.

Dalam kenyataan itu, Anwar turut menghargai peranan proaktif dan penglibatan konstruktif oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, dalam mempromosikan penyelesaian damai terhadap situasi yang sedang berlaku.

Semalam, Anawar memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan Trump bagi membincang perkembangan terkini sempadan Kemboja-Thailand.

Dalam perbincangan itu, beliau telah menzahirkan kesediaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih ruang dialog dan usaha diplomatik sebagai jalan penyelesaian yang ampuh.

Malah, beliau menegaskan kedua-dua negara telah mengundurkan ketumbukan tentera dari sempadan, seiring dengan pendekatan yang telah disepakati di bawah Kerangka Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

Sehari sebelumnya, Anwar berhubung dengan Hun Manet bagi menilai perkembangan terkini terkait isu sempadan antara Kemboja dan Thailand.

Dalam perbincangan tersebut, menyatakan penghargaan pendekatan yang matang yang diambil pihak Kemboja yang terus memilih jalan damai serta memberi keutamaan pada penyelesaian melalui perundingan dan dialog yang sihat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI