Kerajaan Negeri Perak sentiasa bertekad dalam memastikan hasil inovasi dapat dikembangkan, dikomersialkan dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sokongan turut disalurkan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan dan industri tempatan untuk membawa ciptaan rakyat Perak ke pasaran yang lebih luas.
Menurutnya, langkah ini bukan sahaja mengangkat inovasi ke tahap yang lebih tinggi, tetapi membuka ruang kepada penciptaan pekerjaan baharu, pembangunan kapasiti industri, serta pengukuhan daya saing negeri di pentas nasional dan global. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #budayaInovasiPerak #MyIPO





