IPOH – Bekas penolong jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya Jawatankuasa Penilaian Tender bagi projek pemasangan dan pentauliahan kabel bernilai RM4.3 juta, sembilan tahun lalu.
Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi turut memerintahkan tertuduh, Zamhuri Ahmad Shatiry, 51, menjalani hukuman penjara selama enam bulan jika gagal membayar denda yang dikenakan.
Berdasarkan pertuduhan, Zamhuri didakwa telah memperdaya Jawatankuasa Penilaian Tender bagi projek pemasangan dan pentauliahan kabel bungkusan udara 33kV berkapasiti 3 x 150mm² dari pencawang masuk utama Kampar ke pencawang pembahagian utama Gopeng Industri untuk TNB Distribution. – MGPerak





