Glow X Sleeve (GXS) iaitu peranti berasas cahaya yang dipasang pada alat pemadam api kecil bagi memudahkan usaha mencari peralatan berkenaan ketika kebakaran berlaku dalam keadaan gelap, khususnya di dalam kapal.
Inovasi terbaharu hasil ciptaan kumpulan Fly Navy Komander Syed Muhammad Shafiq Syed Husin, Leftenan Komander Chan Jun Shen dan Leftenan Muhammad Hazim Anuar dari Markas Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mendapat tempat pertama Kategori Terbuka Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak 2025.
Kumpulan tersebut membawa pulang hadiah RM10,000, trofi serta sijil penyertaan dan hadiah disampaikan Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #GlowXSleeve





