Belanjawan Perak 2024: Belia harap ada khabar gembira tentang rumah mampu milik

IPOH – Isu pemilikan rumah mampu milik antara perkara yang menjadi tumpuan kepada golongan belia di negeri ini khususnya menjelang Belanjawan Perak 2024.

Justeru mereka berharap belanjawan yang akan dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad Jumaat ini diharap akan membawa khabar gembira dalam hal berkenaan.

belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin
Temubual peniaga, Mohd Irfan Jazriq , 22. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

Peniaga, Mohd Irfan Jazriq, 22, berkata, ini kerana golongan muda berhadapan dengan situasi sukar untuk memiliki kediaman sendiri ekoran kos untuk mendapatkan rumah semakin meningkat, dan ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Menerusi belanjawan negeri nanti, saya mencadangkan untuk Kerajaan Negeri Perak mewujudkan inisiatif seperti subsidi khas untuk belia mendapatkan kediaman pertama mereka.

“Ketika ini, anak muda sukar untuk mendapatkan kediaman sendiri dan disebabkan itu mereka terpaksa tinggal bersama ahli keluarga, walaupun ada yang sudah berumah tangga,” katanya ketika ditemui MG Perak.

belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin
Projek fasa 2 skim Perumahan Perakku Taman Tualang Sekah, Kampar. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

Di samping itu, penjawat swasta, Rohayu Hezan Razali, 29, berharap agar kerajaan negeri dapat mempermudahkan urusan golongan belia, khususnya yang sudah berkahwin untuk mendapatkan rumah pertama.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, usaha berkenaan dilihat akan membantu golongan tersebut yang rata-ratanya berada dalam kategori B40, untuk mendapatkan kediaman selesa demi membina kehidupan baru berkeluarga.

belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin
Temubual pekerja swasta, Rohayu Hezan Razali , 29. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

“Golongan belia ini rata-ratanya sukar untuk mendapatkan rumah kerana berhadapan dengan masalah untuk membuat pinjaman perbankan.

“Justeru, saya berharap melalui Belanjawan Perak 2024 ini, kerajaan negeri melalui agensinya dapat mempermudahkan urusan dan memudahkan proses birokrasi bagi kami mendapatkan kediaman pertama,” ujarnya.

belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin
Skim Perumahan Perakku Taman Tualang Sekah. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

Perkara sama turut disuarakan penjawat swasta, Mohd Aimie Yusri Mohamad Nazer, 38, yang berpandangan proses birokrasi berkenaan adakalanya menyebabkan golongan belia terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan kediaman mampu milik.

Selain itu, bapa kepada tiga cahaya mata itu juga berharap, menerusi Belanjawan Perak 2024 ini, kerajaan negeri dapat memberi penumpuan kepada pembinaan projek perumahan mampu milik di kawasan tumpuan khususnya di bandar.

belanjawan perak rumah mampu milik perak rumah perakku rumah mampu milik fumah perakku prihatin rumah perak prihatin
Temubual pekerja swasta, Mohd Aimie Yusri Mohamad Nazer, 38. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2023.

“Jika dilihat pada situasi sekarang, agak sukar golongan seperti saya untuk mendapatkan rumah mampu milik di kawasan yang dekat dengan tempat kerja di bandar.

“Disebabkan itu ada antara kami yang terpaksa membeli rumah yang jauh dari bandar demi mendapatkan kediaman sendiri yang selesa dan mampu milik,” katanya lagi.

Menteri Besar Perak dijadual akan membentangkan Belanjawan Perak 2024, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat ini.

Pada tahun lalu, Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ memperuntukkan sebanyak RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Dalam usaha membantu mengurangkan bebanan rakyat, Perak memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin yang diselaras oleh Yayasan Perak dengan menjadikan golongan B40 sebagai sasaran. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 dijangka beri tumpuan kepada Pelan Perak Sejahtera 2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI