Belanjawan Perak 2024 dijangka beri tumpuan kepada Pelan Perak Sejahtera 2030

IPOH – Belanjawan Perak 2024 yang akan dibentang Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Jumaat ini, dilihat bakal memberi lebih tumpuan kepada kesinambungan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Bercakap kepada MG Perak, Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Profesor Madya Dr Anas Md. Yusof berkata, Belanjawan Perak 2024 juga dijangka lebih progresif bagi meningkatkan sumber pendapatan negeri.

Menurut Anas, Kerajaan Negeri Perak dijangka meningkatkan pendapatan negeri melalui pemgembangan pendapatan sedia ada disamping meneroka sumber pendapatan baharu yang mampan.

“Kerajaan Negeri Perak akan terus merancakkan ekonomi negeri melalui pelaburan luar serta memajukan penerokaan sumber mineral baru yang lebih mesra alam dan lebih nilainya seperti ‘rare earth’ dan lain-lain.

“USAS yang terlibat sejak mula dalam penubuhan Akademi Sekuriti Makanan yakin kerajaan negeri juga akan terus memberi perhatian utama kepada konsep keterjaminan makanan yang menjadi salah satu agenda utama dalam Perak Sejahtera,” katanya.

Mengulas lanjut, Anas berkata, Kerajaan Negeri Perak juga dijangka terus berbelanja bagi membasmi kemiskinan di Perak dengan meningkatkan pendapatan rakyat.

Belanjawan Perak 2024 dijangka beri tumpuan kepada Pelan Perak Sejahtera 2030
Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Profesor Madya Dr Anas Md. Yusof

Ujar beliau, isu-isu umum dalam masyarakat seperti kesihatan, pendidikan, pembangunan usahawan, pertanian, warga emas, orang kelainan upaya dan lain-lain akan terus mendapat perhatian dalam belanjawan negeri kali ini.

“Secara amnya, Belanjawan Perak 2024 dilihat bakal merangkumi semua isu dan dijangka seimbang dengan sedikit jumlah defisit yang mampu ditanggani oleh Kerajaan Negeri Perak,” katanya.

Ditanya mengenai harapan beliau dalam Belanjawan Perak 2024, Anas berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan negeri meneruskan komitmen dan perhatian terhadap industri pendidikan tinggi di Perak.

Beliau berkata, pihak USAS mengharapkan agar kerajaan negeri menyediakan bantuan dalam bentuk geran pembangunan dan penyelidikan bagi mengangkat USAS ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kerajaan negeri juga perlu menambah penawaran biasiswa dan pinjaman kepada warga Perak yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dari program diploma hinggalah ke Doktor Falsafah bagi menwujudkan komuniti yang berilmu dan mempunyai wawasan yang progresif.

“Oleh itu, perbelanjaan untuk meningkatkan kesiap-siagaan graduan serta tenaga kerja harus dipertingkatkan bagi menarik minat pelabur-pelabur selain lokasi serta fasiliti yang efektif,” katanya,

Tambah beliau, tenaga kerja yang terlatih dan berilmu merupakan tarikan keyakinan utama untuk pemain-pemain industri melebarkan operasi di negeri ini dan seterusnya memberi peluang kepada warga kerja ini menjelajah peluang yang lebih luas dan terbuka dimasa hadapan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: Pertama di bawah Kerajaan Perpaduan

Usahawan mahu ‘berita gembira’ dalam Belanjawan Perak 2024

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI