Perak dijangka bentang belanjawan negeri berjumlah RM1.5 bilion

Kerajaan Negeri Perak dijangka membentangkan Belanjawan Perak 2024 dengan peruntukan dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion pada pembentangannya sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada Jumaat.

Bercakap kepada MG Perak Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Profesor Datuk Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, 1/3 daripada jumlah berkenaan akan digunakan untuk tujuan pembangunan manakala selebihnya bagi tujuan operasi.

Menurut beliau, berdasarkan pemerhatiannya, kerajaan negeri dijangka memperuntukan sekitar RM400 juta bagi tujuan pembangunan termasuk sektor pendidikan dan kesihatan.

“Apa yang saya lihat belanjawan sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri kedua-duanya memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan dan dua perkara ini bagus untuk pembangunan.

“Jadi saya rasa belanjawan kali ini akan naik sedikit berbanding tahun lepas (RM1.19 bilion) kepada RM2 bilion dan jika betul naik saya harap ia disebabkan oleh lebihan kutipan hasil,” katanya.

Kerajaan negeri juga dijangka akan memperkasakan lagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dalam Belanjawan Perak 2024 selari dengan pelaburan-pelaburan yang sudah dan bakal diterima Perak.

Ujar beliau dari segi ekonomi pula diharapkan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pelancongan selari dengan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 lebih-lebih lagi kepada Pulau Pangkor.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani dijadual akan membentangkan Belanjawan Perak 2024, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Jumaat.

Pada tahun lalu, Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ memperuntukkan sebanyak RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Dalam usaha membantu mengurangkan bebanan rakyat, Perak memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin yang diselaras oleh Yayasan Perak dengan menjadikan golongan B40 sebagai sasaran. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024 dijangka beri tumpuan kepada Pelan Perak Sejahtera 2030

 

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI