Belanjawan Perak 2024: Pertama di bawah Kerajaan Perpaduan

IPOH – Bajet Perak 2024 akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung selama enam hari bermula 1 hingga 8 Disember ini.

Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata, pembentangan bajet akan dilakukan pada hari pertama sidang DUN berkenaan.

Menurutnya, bajet tersebut adalah yang pertama dibentangkan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

“Persidangan pada kali ini tiada usul persendirian dan tiada kejutan. Semuanya okay, cuma tunggu bajet daripada kerajaan negeri.

“Bajet pada persidangan DUN tahun lalu diadakan sejurus Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya rasa ini adalah bajet pertama daripada Kerajaan Perpaduan. Sudah pasti pembentangan bajet itu akan mengujakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Perak, Jenny Choy Tsi Jen dan Setiausaha Dewan Negeri, Muhammad Nazri Abdullah.

Dalam pada itu, Mohd Zahir berkata dua Rang Undang-Undang (RUU) turut dibentangkan pada sidang DUN tersebut.

“Dua RUU tersebut adalah Enakmen Perbekalan 2024 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 yang akan dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Sesi perbahasan pula dijadualkan berlangsung pada hari kedua persidangan iaitu pada 4 Disember ini,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, bagi menambah baik kedudukan Dewan, empat skrin LED disediakan untuk memudahkan paparan info grafik semasa pembentangan bajet dibuat nanti. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI