MGPerak: SLCS Bendung Penipisan Ozon Rangkul Johan Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau

108

IPOH – Teknologi Smart Leakage Control System (SLCS) membawa tuah kepada Kolej Komuniti (KK) Pasir Salak apabila diumumkan tempat pertama Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau pada Majlis Anugerah Inovasi Negeri Perak 2025 baru-baru ini.

Inovasi itu dibangunkan sekumpulan lima kakitangan kolej tersebut yang dianggotai Muhamad Asrul Affendi Mat Nor, Farah Waheda Othman, Muhammad Ibrahim Mohd Aminuddin, Nurhan Ayub dan Asmarul Shazila Adna.

Kejayaan tersebut embolehkan mereka membawa pulang RM10,000, trofi serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini