IPOH – Tiada mana-mana Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Integrasi Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri Perak yang ditutup operasinya dalam tempoh lima tahun ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebaliknya terdapat 16 sekolah terbabit yang ditangguhkan operasi di lima daerah iaitu Larut, Matang dan Selama; Kerian; Hilir Perak; Perak Tengah serta Kuala Kangsar. -MGPerak





