Aiman Ridhwan, Muhammad Adib terima insentif khas negeri

IPOH – Dua anak Perak yang mengharumkan nama negeri dalam bidang tilawah dan hafazan al-Quran turut diberi insentif khas daripada kerajaan negeri pada Belanjawan Perak 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, susulan itu, kerajaan negeri memberikan insentif sebanyak RM20,000 kepada Qari Negeri Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan yang muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran Antarabangsa 2025 pada Mei lalu.

“Alhamdulillah, berkat bumi Perak yang subur dengan majlis ilmu, halaqah dan pengajian al-Quran, hati kita berbunga bangga atas kejayaan anak muda, Aiman Ridhwan, Qari Negeri Perak yang telah dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2025.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Aiman Ridhwan yang telah membuktikan keunggulan bakat dan ilmu qiraat anak watan kita.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri berbesar hati memberikan penghargaan dalam bentuk sumbangan RM20,000 kepada Aiman Ridhwan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Di samping itu, Saarani memaklumkan, kerajaan negeri turut menyampaikan insentif RM7,000 sebagai mengiktiraf seorang lagi wakil Perak, Muhammad Adib Ahmad Rozaini yang telah merangkul Johan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025 kategori 1 hingga 30 juzuk. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saarani zahir keprihatinan kepada rakyat melalui Belanjawan Perak 2025

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI