Sistem ‘eADN’ rekod maklumat ADUN secara digital

IPOH – Perak melancarkan platform bersepadu untuk merekod dan menguruskan maklumat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sedang berkhidmat atau bersara secara digital iaitu Sistem Maklumat Ahli Dewan Negeri (eADN).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, melalui eADN, semua urusan permohonan ADUN, pesara atau waris dapat dilaksanakan secara atas talian dengan lebih teratur.

Katanya, sistem yang melibatkan termasuk ADUN dan wakil Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) itu boleh mula diakses mulai 1 Januari 2026 melalui pautan eadn.perak.gov.my.

“Sistem eADN menyediakan beberapa modul utama, antaranya Modul Maklumat Peribadi, Kemudahan Perubatan, Pengecualian Cukai Jalan, Borang-borang, Pusat Khidmat (GIS) dan Pengumuman bagi pengguna sistem.

“Pemilik sistem pula, boleh mengakses Modul Kenyataan Perkhidmatan, Pencen dan Ganjaran, Pentadbiran Sistem serta modul berkaitan Urusan Pengumuman,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media bersempena Majlis Peluncuran Sistem Maklumat Ahli Dewan Negeri Perak atau eADN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Sistem eADN Perak Sistem Maklumat Ahli Dewan Negeri Digitalisasi kerajaan Perak eADN 2026 ADUN Perak Saarani Mohamad Transformasi digital kerajaan negeri Bahagian Dewan Negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika Majlis Peluncuran Sistem Maklumat Ahli Dewan Negeri Perak (eADN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 NOVEMBER 2025.

Menurut Saarani, pengguna sistem tersebut terdiri daripada Bahagian Dewan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebagai pemilik sistem, sementara Bahagian Digital Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai pengurus teknikal.

Kata beliau, sementara pengguna pula terdiri daripada menteri besar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), ADUN, pesara ADUN serta waris.

“Daripada segi keselamatan dan ketelusan, eADN mengguna pakai tahap akses berperingkat yang mengawal proses pengurusan data, semakan dan pengesahan maklumat.

“Ia selaras dengan piawaian keselamatan digital kerajaan, bagi memastikan setiap permohonan dapat diproses dengan lebih tersusun dan terjamin,” ujarnya.

Tambah Saarani lagi, pendekatan melalui sistem itu dapat membantu menjimatkan masa, meningkatkan ketepatan maklumat serta mengurangkan kebergantungan kepada proses manual. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Saarani luang masa ziarah ADUN Batu Kurau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI