TELUK INTAN – Seorang buruh sawit dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini akibat menumbuk lengan kiri ibu kandungnya di Langkap, pada Isnin lalu.
Majistret, T Ashvinii menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Chai Chon Tak, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tertuduh ditangkap pada 27 November lalu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak