TVET perkasa belia desa, tingkat kemahiran pekebun kecil

SUNGAI SIPUT – Latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk belia desa mesti diperkasakan secara lebih tersusun, lebih agresif dan lebih dekat dengan realiti industri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau tidak mahu anak luar bandar hanya menjadi pekerja di tanah sendiri, tetapi menjadi operator teknologi, teknopreneur pertanian dan pengurus ladang pintar.

“Dalam konteks Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), pekebun kecil mesti diberi peluang untuk menaik taraf kemahiran melalui program TVET yang fleksibel, bersijil dan berorientasikan keperluan ladang sebenar.

“Latihan bukan sekadar di bilik kuliah, tetapi di kebun, di tapak operasi, dan di medan pengeluaran. Jadi, saya menyokong sepenuhnya hasrat PKPKM untuk memperluaskan latihan TVET kepada lebih ramai pekebun kecil di seluruh negara.

“Ini bukan sahaja akan meningkatkan produktiviti, malah akan mengubah minda pekebun kecil daripada pengusaha tradisional kepada pengurus ladang berteknologi tinggi,“ katanya.

TVET perkasa belia desa, tingkat kemahiran pekebun kecil
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib menyampaikan Anugerah Tokoh Lagenda Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) kepada Datin Habibah Zainal Abidin, balu kepada Allahyarham Datuk Ahmad Arshad pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas dan Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-25 PKPKM di MH Hotel, Sungai Siput, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 DISEMBER 2025.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib mewakili Ahmad Zahid pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas dan Mesyuarat Agung Dwitahunan ke-25 PKPKM di MH Hotel, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, TVET pertanian juga mesti disepadukan dengan ekonomi gig desa, inovasi tempatan dan penggunaan mesin moden seperti yang dicadangkan melalui konsep Harvester on Wheel (HoW).

“Apabila TVET digandingkan dengan peluang pekerjaan sebenar, maka latihan itu tidak akan terhenti sebagai sijil semata-mata, tetapi menjadi sumber pendapatan yang mampan.

“Percayalah, apabila kita melabur dalam TVET pertanian hari ini, kita sebenarnya sedang melabur dalam keselamatan makanan negara, kelangsungan ekonomi luar bandar dan masa depan generasi muda desa.

“Inilah transformasi sebenar yang kita mahukan, daripada ladang tradisional kepada ladang pintar, daripada buruh kasar kepada tenaga mahir, daripada hasil sederhana kepada pulangan bernilai tinggi,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan sambut baik cadangan ‘HoW’ perkasa ekonomi gig pertanian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI