LARUT – Program Anak Angkat Pengguna Siswa @ Batu Kurau yang disertai mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) menjadi platform untuk mereka memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu kepenggunaan serta mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, anak-anak muda yang mempunyai ilmu dan kemahiran perlu memainkan peranan dalam membantu masyarakat, terutama ketika semakin ramai pengguna terdedah kepada pelbagai bentuk penipuan dan skim pelaburan.
Beliau turut menyeru supaya golongan siswa supaya menyebarkan kesedaran kepada masyarakat agar tidak mudah tertipu dengan pelbagai tawaran dan skim yang meragukan. – MGPerak





