Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM18.4 juta

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM18.4 juta daripada 11 syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) dalam satu majlis di Royal Perak Golf Club, dekat sini, pada Khamis.

Affin Islamic Bank Berhad yang diwakili Ketua Jabatan Syariah, Syed Muhammad Syed Mohamad Nasir mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan menyerahkan RM250,000.

Ia disusuli dengan Agro Bank yang diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kumpulan Agrobank, Tuan Wan Rumaizi Wan Husin@Abdul Aziz dengan zakat berjumlah RM174,598, manakala Bank Islam Malaysia Berhad melalui Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan, Mohd Nazri Chik menyerahkan zakat berjumlah RM879,000.

Sumbangan zakat diteruskan dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Ketua Divisyen Shariah Dr. Muhammad Izuwan Mahyudin dengan jumlah RM373,322 serta Bank Rakyat menerusi Ahli Lembaga Pengarah, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan dengan jumlah RM1.35 juta.

Bank Simpanan Nasional yang diwakili Ketua Eksekutif, Datuk Jay Khairil Jeremy Abdullah menyerahkan zakat dengan jumlah RM136,000, sementara Lembaga Air Perak menerusi Pengurus Besar, Lokman Abd Rahim menyerahkan zakat sebanyak RM4.51 juta.

Sultan Nazrin terima zakat perniagaan RM18.40 juta zakat perniagaan di Perak Zakat Perak Al Ridzuan ZAPAR MAIPk terima zakat korporat Sultan Perak terima zakat zakat syarikat korporat Perak
Bank Rakyat menerusi Ahli Lembaga Pengarah, Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan menyampaikan zakat perniagaan pada jumlah RM1.35 juta kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Di samping itu, Maybank Islamic Berhad melalui Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Yasin Abdullah menyerahkan zakat dengan jumlah RM1.20 juta, manakala Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn. Bhd menerusi Pegawai Eksekutif Kumpulan, Amirul Hakim Abdullah menyampaikan zakat pada jumlah RM1.42 juta

Seterusnya, Public Islamic Bank Berhad yang wakili Ketua Bahagian Shariah, Mohd Supian Mat Nan menyampaikan zakat pada jumlah RM300,000 serta Tenaga Nasional Berhad yang diwakili Presiden Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk IR. Megat Jalaluddin Megat Hassan berjumlah RM7.81 juta.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menyerahkan kesemua zakat perniagaan berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Hadir sama ke majlis, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; serta Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM5.8 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI