Faizal Azumu letak jawatan Pengerusi PN Perak

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri berkuat kuasa Khamis atau 1 Januari 2026.

Bekas Menteri Besar Perak serta Menteri Belia dan Sukan itu mengumumkan perkara berkenaan melalui satu kenyataan pada laman Facebook, pada Selasa.

Kata beliau, keputusan itu dibuat sebagai menghormati kuasa pelantikan prerogatif oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terdahulu mengumumkan peletakkan jawatan berkenaan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh meletak jawatan sebagai Pengerusi PN melalui pengumumannya malam tadi.

Susulan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini.

Sementara di Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN negeri. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin lepas jawatan Pengerusi PN, ucap maju jaya kepada parti anggota

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI