Lebih 30,000 pengunjung sambut Ambang Tahun Baharu 2026

IPOH – Lebih 30,000 pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk memeriahkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru di sini malam tadi.

Cuaca baik tarik lebih 30,000 pengunjung sambut Ambang Tahun Baharu 2026
Persembahan kebudayaan pelbagai kaum turut memeriahkan Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2025.

Lokasi tersebut mula sesak dengan kehadiran orang ramai sejak jam 8 malam.

Program dimulakan dengan acara nyanyian dan segmen kuiz pengunjung sebelum atur cara rasmi sekitar jam 10.30 malam.

Cuaca baik tarik lebih 30,000 pengunjung sambut Ambang Tahun Baharu 2026
Gerai jualan makanan dan minuman memeriahkan lagi Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2025.

Acara perasmian disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Cuaca baik tarik lebih 30,000 pengunjung sambut Ambang Tahun Baharu 2026
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) ketika gimik perasmian pada Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2025.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan kesenian dan kebudayaan termasuk jualan makanan dan minuman.

Pengiraan detik ambang tahun baharu 2026 serta pertunjukan montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) menjadi acara kemuncak disusuli pertunjukan bunga api dan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Perak serta bacaan doa.

Cuaca baik tarik lebih 30,000 pengunjung sambut Ambang Tahun Baharu 2026
Penyanyi, Siti Nordiana turut memeriahkan para pengunjung pada Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2025.

Penyanyi terkenal tanah air, Siti Nordiana dan Afieq Shazwan kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu-lagu popular mereka sehingga acara tamat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lebih 35,000 pengunjung rai Finale Tahun Melawat Perak 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI