14 kereta musnah dalam kebakaran dekat bengkel

GERIK – Sebanyak 14 kereta pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di kawasan lapang berhampiran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Pahat Luar, di sini malam Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.33 malam.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 9.4 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik.

“Ketika jentera tiba di lokasi, keadaan api sedang marak namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Kebakaran itu melibatkan 14 buah kereta yang berada di bawah jagaan sebuah bengkel dan diletakkan di kawasan lapang.

“Kita mendapati 12 buah kereta pelbagai jenis musnah terbakar 90 peratus dua lagi kereta terbakar 85 peratus,“ katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, anggota melakukan kerja pemadaman menggunakan dua aliran tiga pancutan bersumberkan air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat jam 9.15 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PGA rampas 168 ekor buaya untuk pasaran restoran di Kampar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI