IPOH – Keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan rakyat, khususnya golongan yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam, membuktikan suara pengguna Bas Perak Sejahtera terus diberi perhatian dalam usaha memastikan kemudahan tersebut dapat dinikmati secara berterusan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta bagi Program Bas Perak Sejahtera, meningkat RM780,000 berbanding tahun sebelumnya bagi memudahkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mencari rezeki, mendapatkan rawatan di hospital serta menghantar anak-anak ke sekolah. – MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





