IPOH – Sebanyak RM12 juta diperuntukan Kerajaan Negeri Perak bagi bantuan khas pendidikan Melayu dan Islam, dengan RM2 juta daripadanya disalurkan bagi bantuan perkapita pelajar sekolah tahfiz dan pondok pada tahun hadapan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam memastikan semua anak di negeri ini mempunyai peluang dalam pendidikan dan seterusnya dapat membina kehidupan yang lebih baik.
Katanya, inisiatif di bawah Fokus Ketiga Belanjawan 2027 iaitu Pembangunan Modal Insan dan Belia itu bertujuan memperkukuhkan asas pendidikan serta membuka peluang masa hadapan kepada anak muda. -MGPerak
#MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #BelanjawanPerak2027 #PerakSejahtera2030





