Warga emas jatuh gaung 30 meter bersama motosikal

LENGGONG – Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan bomba selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kampung Lata Papan, di sini pada Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.27 malam.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong.

“Ketua operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan pengusung bakul dan webbing (tali pengikat) serta memberi rawatan awal kepada mangsa berusia 85 tahun itu di lokasi.

“Kemudian, ketua operasi menggunakan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux milik orang awam untuk membawa mangsa keluar ke zon selamat,“ katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 8.25 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

14 kereta musnah dalam kebakaran dekat bengkel

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI