Khianat dengan api, tukang paip dipenjara lima tahun

IPOH – Seorang tukang paip dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat api pada Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Sofian Maisa, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menuangkan petrol iaitu bahan mudah terbakar, ke atas sebuah kereta jenis Proton Perdana di sebuah rumah di Desa Pengkalan Mutiara pada jam 4.15 pagi, 13 Jun 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding berasingan, bapa kepada dua anak itu turut mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan di hadapan Majistret S Punitha.

Lelaki itu didakwa menyimbah cat pada pintu pagar, jubin dan dinding luar rumah, selain dua buah kenderaan di beberapa lokasi di dalam Daerah Kinta antara April dan Julai, dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3,830.

Bagi kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia dijatuhi hukuman penjara setahun bagi setiap dua pertuduhan pertama manakala bagi dua pertuduhan berikutnya, dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, Muhammad Sofian berdepan lima lagi pertuduhan melakukan kesalahan sama melibatkan lima mangsa berlainan di beberapa lokasi dalam daerah sama antara April dan Jun, dengan jumlah kerugian kira-kira RM2,450.

Dia mengaku bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan di hadapan Majistret Norizan Riduan dan dijatuhi hukuman penjara 17 bulan bagi setiap pertuduhan.

Kesemua hukuman dijalankan serentak mulai hari ini dan barang kes akan dilupuskan selepas tamat tempoh rayuan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Raveena; Muhammad Zulqarnain Wan Asmira; Nurul Fatihah Roslan dan S Kirthana.

memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira kesan dan kerugian yang dialami mangsa, selain memberi pengajaran dan menjadi pencegah kepada orang lain.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert S Gnanarajan, yang mewakili tertuduh, memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang minimum.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memperolehi RM100 sehari bagi menyara isterinya yang merupakan suri rumah dan dua anak mereka masing-masing berusia tujuh tahun dan sebulan.

Gnanarajan berkata, anak guamnya itu sebelum ini telah meminjam RM5,000 daripada seorang pemberi pinjaman wang tidak berlesen dan didakwa diarahkan untuk melakukan tiga tugasan bagi pihak pemberi pinjaman tersebut di Kerian, Taiping dan Ipoh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri didakwa laku khianat berkaitan ah long

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI