Anggota APM Bagan Datuk parah, trak pikap terbabas elak anjing

BAGAN DATUK – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk parah selepas kenderaan dipandunya terbabas ketika cuba mengelak seekor anjing melintas dalam kejadian di Jalan Simpang Empat-Bagan Datuk berhampiran Kampung Simpang 3 Rungkup di sini pada Rabu.

Ketika kejadian, mangsa, Prebet (PA) Hafizul Borhan, 26, dalam perjalanan untuk bertugas sebelum trak pikap Nissan Navara dipandunya hilang kawalan lalu melanggar tiang dan merempuh sebatang pokok.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam sekitar jam 12.03 tengah malam.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat tersebut seramai empat anggota APM Bagan Datuk digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa.

“Ketika tiba di lokasi, anggota terbabit didapati mengalami kecederaan parah melibatkan beberapa organ dalaman termasuk jantung, buah pinggang dan usus selain patah tujuh tulang rusuk, patah tangan kiri dan kedua-dua kaki.

“Selain itu, mangsa turut cedera di dahi, sakit di bahagian dada serta luka terbuka di bawah lutut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memaklumkan, anggota terbabit telah dibawa Klinik Kesihatan Selekoh sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, mangsa dimasukkan ke dewan bedah pada jam 11.50 pagi dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dalam keadaan ditidurkan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ibu tunggal mengamuk di restoran didenda RM11,800

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI