IPOH – Projek Biogas-ke-Tenaga berkapasiti 2 megawatt (MW) di Tapak Pelupusan Sanitari Lahat di sini menjadi loji biogas-ke-tenaga tapak pelupusan sanitari pertama yang beroperasi di Utara Semenanjung Malaysia.
Dibangunkan syarikat swasta Teraju Sepadu Sdn Bhd, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), projek itu mula beroperasi secara komersial pada 28 Mei 2025 selepas mencapai ‘Feed-in Tariff Commercial Date’ (FITCD) pada 19 Mei tahun sama.
Projek berkenaan memanfaatkan gas yang terhasil daripada proses pereputan sisa pepejal untuk menjana tenaga elektrik, selain membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau khususnya metana ke atmosfera. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





